Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.
Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulanAshwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November.
Cerita berkaitan Deepavali
Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:
- Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
- Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
- Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.
Lima hari Diwali
Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.
1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.[1]
1. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura dibunuh, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan (bahasa Gujarat: Kali Chaudas).
1. Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh lebih awal sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?".
1. Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu. Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana (penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop Chaturdashi
1. Lakshmi Pujae: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali, apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.
1. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
1. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati: Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut kini.
No comments:
Post a Comment