"Bulan
Lima” merupakan “bulan cuti” dan “bulan keramaian” di Sabah. Sesungguhnya,
banyak acara dianjurkan untuk orang ramai bergembira dan bersukaria pada bulan
ini. Perayaan utama pada bulan Mei di Sabah ialah tidak lain dan tidak bukan
Pesta Kaamatan. Pesta ini bermula pada setiap 1 Mei, di mana dilakukan
pelancaran Pesta Kaamatan. Hari tersebut amat signifikan kerana ia merupakan
hari cuti awam, sempena “Hari Buruh”.
Selepas
sahaja dilancarkan maka bergemalah paluan gong di merata tempat di Sabah di
mana siri perayaan Kaamatan di semua daerah, dan malah dihampir semua kampung,
khusus di mana penduduk majoritinya ialah Kadazandusun.
Setiap
Sabtu dan Ahad sudah habis diperuntukkan untuk sambutan perayaan tersebut.
Sudah tentunya, acara kemuncak perayaan ini ialah pada 30 dan 31 Mei,yang
dipanggil perayaan tadau kaamatan yang mana telah diwartakan oleh
Kerajaan Negeri Sabah sebagai cuti umum. Pada dua hari inilah sambutan-sambutan
kecil di kampung-kampung dan sederhana di daerah-daerah digerakkan ke arah
sambutan kemuncaknya di satu pusat tertentu. Di sinilah diadakan acara
sukaneka, pameran, pertunjukan tarian, pertandingan “sugandai Kaamatan” dan
paluan gong yang tidak terhingga meriahnya. Perayaan Tadau Kaamatan ini di
sambut selama dua hari berturut- turut bagi melakukan upacara
‘magavau’ iaitu memuja semangat padi yang di ketuai oleh ‘bobolian’. Pada hari
kedua pula diadakan pula upacara seperti ‘humabot’, ‘momolobok’ dan ‘moginakan’
sebagai tanda kesyukuran dan pemujaan suci. Selain itu tetamu turut di hiburkan
dengan beberapa persembahan seperti ‘sumazau’, ‘magunatip’ sambil menikmati
hidangan berasaskan beras hasil tani dan ternakan.
Acara
kemuncaknya pula ialah Pertandingan Ratu Unduk Ngadau, di mana gadis-gadis ayu
dan jelita Kadazandusun dari semua daerah diketengahkan untuk diadili dari segi
keayuan,kesopanan, kecerdasan dan kesergahan pakaian tradisi yang dipakai.Ratu
“Unduk Ngadau Kaamatan”, yang mendapat inspirasi dari legenda “Huminundun”
(bermaksud “yang berkorban”) akan seterusnya menjadi satu “icon” kebanggaan
Negeri Sabah secara keseluruhanya. Jika tradisi budaya Kadazandusun diteliti,
gadis Kadazandusun yang bergelar “Unduk Ngadau” ini merupakan “kombura
tolundu”, gadis yang “outstanding” di kalangan ribuan gadis atau wanita
Kadazandusun. Sebenarnya “Unduk Ngadau”itu berasal dari perkataan “runduk tadau”,
yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”. Ia
menggambarkan ciri-ciri seorang gadis jati Kadazandusun yang terserlah
kejelitaan, keayuan, kesopanan, kecerdasan, kemuliaan, kekudusannya yang
dilihat sebagai “role model” (idola) dan sumber harapan kepada komuniti
Kadazandusun secara keseluruhannya. Sesungguhnya, maksud tersirat di sebalik
“Unduk Ngadau” itu adalah sama signifikannya dengan gelaran “Huguan Siou”
kerana kedua-duanya dilihat sebagai “icon”, idola dan sumber kekuatan masyarakat
kadazandusun.
Beginilah
indahnya sambutan Pesta Kaamatan yang dianjurkan setiap tahun, terutamanya
sejak Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.Inilah berkat kemerdekaan.
Dengan kemerdekaan kini rakyat Sabah merasa selamat dan makmur, dan, dengan
suasana aman-damai, mereka sudah tentunya mempunyai masa untuk menganjurkan dan
merayakan acara-acara keramaian. Sudah pasti rakyat Sabah semuanya seronok
dengan pesta ini yang mana turut menarik perhatian bukan sahaja di kalangan
rakyat Malaysia secara keseluruhan tetapi juga dapat menarik ramai pelancong
dalam dan luar negeri untuk datang ke Sabah-Negeri di Bawah Bayu untuk
menyaksikan keramaian pesta iniBerbalik kepada istilah “kaamatan”, ia sebenarnya
berasal dari perkataan “omot” atau “kotu”, yang seterusnya menjadi “kaamatan”
atau “kokotuan”. Sesungguhnya ia menandakan tanda kesyukuran masyarakat
Kadazandusun terhadap limpahan kurnia Yang Mahakuasa terhadap hasil tuaian padi
pada musim tersebut.Kaamatan ini seringkali dirujuk dan berkisar kepada acara
sukaria selepas menuai padi. Ianya berkaitrapat dengan kegiatan sosio-ekonomi
“agrarian” komuniti Kadazandusun yang secara tradisinya menaman padi.
No comments:
Post a Comment